Perkhidmatan yang ditawarkan MyGOV Malaysia

Semakan Lesen Memandu
Semakan Lesen Kenderaan
Semakan Saman JPJ
Semakan Mata Demerit
Semakan Status Senarai Hitam
Semakan Nombor Pendaftaran Terkini
Semakan Keputusan Ujian Memandu



Pengalaman mesra pengguna
Samada anda menggunakan MyGOV Malaysia untuk melakukan semakan atau permohonan, MyGOV Malaysia menawarkan pengalaman interaksi yang intuitif dengan antaramuka yang kemas dan intuitif.
Akaun berasaskan

Untuk menggunakan MyGOV Malaysia, anda hanya perlu menggunakan MyDigital ID iaitu sistem pengenalan diri rakyat Malaysia yang sah dan selamat untuk kegunaan dalam talian.
Daripada lesen ke peperiksaan, semak semuanya di sini
Melalui MyGOV Malaysia, anda dapat melakukan pelbagai semakan seperti dokumen pengenalan diri, lesen, saman, keputusan peperiksaan utama dan banyak lagi.


Terima notifikasi yang relevan dengan anda
MyGOV Malaysia dapat menghantar notifikasi penting khusus untuk individu seperti amaran bencana yang dihantar terus kepada anda.
... dan pelbagai fungsi akan datang
MyGOV Malaysia sedang giat membangunkan pelbagai fungsi baharu yang akan dilancarkan pada masa hadapan, seperti permohonan dan pembayaran.


-
Semakan Lesen Memandu
-
Semakan Lesen Kenderaan
-
Semakan Saman JPJ
-
Semakan Mata Demerit
-
Semakan Status Senarai Hitam
-
Semakan Nombor Pendaftaran Terkini
-
Semakan Keputusan Ujian Memandu
MyGOV adalah aplikasi mudah alih bersepadu bagi perkhidmatan kerajaan yang menawarkan kemudahan capaian perkhidmatan secara mobile bagi memenuhi keperluan rakyat, penjawat awam dan perniagaan*.
*Ciri baharu akan datang
Aplikasi MyGOV hanya boleh digunakan oleh individu warganegara Malaysia yang mempunyai MyDigital ID.
Anda perlu mempunyai akaun MyDigitalID untuk log masuk ke aplikasi MyGOV. Sila layari www.digital-id.my untuk muat turun dan daftar MyDigital ID terlebih dahulu sebelum menggunakan aplikasi MyGOV. Pastikan anda menggunakan aplikasi MyDigital ID sekurang-kurangnya versi 2.3.2 untuk memudahkan proses log masuk ke MyGOV.
Aplikasi ini boleh dimuat turun menerusi Apple App Store dan Google Play Store. Untuk memastikan anda mendapat aplikasi yang betul, cari "MyGOV Malaysia" semasa membuat carian.
Peranti anda perlu menggunakan sistem pengendalian/operating system (OS) minimum berikut untuk memastikan keserasian dan prestasi optimum aplikasi MyGOV:
-
Peranti Android: Memerlukan Android OS 12 atau versi lebih baharu. Contoh peranti yang serasi termasuk:
-
Samsung Galaxy S22 dengan Android 12
-
Google Pixel 6 dengan Android 12
-
Xiaomi 12x dengan Android 12
-
Semakan versi sistem operasi pada peranti Android:
Langkah 1 - Buka Tetapan (Setting) pada peranti
Langkah 2 - Cari dan tap pada Perihal Telefon (About Phone) > Versi Android (Android Version)
-
Peranti iPhone: Memerlukan iOS 13 atau versi lebih baharu. Contoh peranti yang serasi termasuk:
-
iPhone 11 dengan iOS 13
-
iPhone 12 dengan iOS 14
-
Semakan versi sistem operasi pada peranti iOS:
Langkah 1 - Buka Tetapan (Setting) pada peranti
Langkah 2 - Cari dan tap pada Umum (General) > Perihal (About)
Jika peranti anda menggunakan versi OS yang lebih lama, anda mungkin perlu mengemas kini sistem pengendalian terlebih dahulu sebelum dapat memuat turun aplikasi.
-
Antara kategori perkhidmatan yang terdapat dalam aplikasi ini adalah termasuk:
-
Pengangkutan seperti Semakan Saman JPJ dan sebagainya
-
Kebajikan seperti Semakan Mangsa Bencana dan sebagainya
-
Persaraan iaitu perkhidmatan-perkhidmatan kepada pesara kerajaan dan sebagainya
-
Pendidikan seperti Semakan Keputusan Peperiksaan Utama Malaysia dan sebagainya
-
Urusan Tanah seperti Semakan Harta Tanah Persekutuan , dan sebagainya
-
Berita dan Hebahan, serta
-
Lain-lain perkhidmatan
Anda boleh melakukan semakan, paparan notifikasi / info / tinjauan, permohonan* dan pembayaran*.
*Ciri baharu akan datang
-
Aplikasi MyGOV kini menyediakan pelbagai perkhidmatan daripada agensi kerajaan, antaranya:
-
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
-
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
-
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
-
Pejabat Tanah dan Galian Persekutuan (PTG)
-
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
Selain itu, terdapat juga perkhidmatan yang melibatkan kerjasama rentas agensi. Lebih banyak agensi akan turut serta dalam aplikasi ini bagi memperluaskan lagi perkhidmatan yang ditawarkan kepada pengguna.
-
Anda boleh memilih kategori perkhidmatan yang diingini dalam aplikasi dan ikuti arahan yang diberikan untuk mendapatkan maklumat atau melakukan semakan.
Semakan untuk orang lain adalah bergantung kepada kebenaran agensi yang menyediakan perkhidmatan.
Buat masa ini, hanya perkhidmatan dalam kategori Pengangkutan yang TIDAK membenarkan semakan untuk orang lain, iaitu bagi perkhidmatan di bawah:
-
Semakan Keputusan Ujian Memandu
-
Semakan Lesen Kenderaan
-
Semakan Lesen Memandu
-
Semakan Mata Demerit
-
Semakan Nombor Pendaftaran Terkini
-
Semakan Saman JPJ
-
Semakan Status Senarai Hitam
Selain daripada kategori tersebut, semua perkhidmatan lain membenarkan pengguna menyemak maklumat untuk orang lain.
-
Jangan risau, kegagalan akses tidak bermakna data anda hilang. Maklumat peribadi dan rekod masih disimpan oleh agensi kerajaan yang bertanggungjawab, contohnya JPJ untuk lesen memandu. Aplikasi MyGOV hanya berfungsi sebagai platform yang menghubungkan pengguna dengan perkhidmatan-perkhidmatan digital agensi kerajaan dan tidak menyimpan sebarang data pengguna.
Anda akan menerima tiga jenis notifikasi:
-
Amaran – Notifikasi daripada NADMA berkaitan banjir, hujan lebat, atau bencana lain dalam masa nyata.
-
Umum – Makluman daripada kementerian kepada rakyat, seperti informasi, pemberitahuan program kerajaan, saringan kesihatan, dan lain-lain.
-
Peribadi – Notifikasi khas seperti ucapan hari lahir dan peringatan penting berkaitan akaun atau perkhidmatan yang digunakan.
-
Bahagian "Berita" menyampaikan maklumat terkini daripada portal berita utama dan sumber yang dipercayai.
Anda boleh melihat berita terkini di paparan skrin utama. Berita terkini akan dipaparkan terlebih dahulu di bahagian atas senarai.
Anda boleh menutup notifikasi dengan cara berikut:
-
Pergi ke tetapan (settings) telefon anda.
-
Pilih Aplikasi & Notifikasi.
-
Cari aplikasi MyGOV, kemudian hentikan notifikasi mengikut pilihan anda.
*Kaedah mungkin berbeza mengikut peranti
-
Jika terdapat kesilapan atau keraguan, anda boleh menyemak dan mengemas kini maklumat anda di mana-mana pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk diselaraskan semula dalam aplikasi MyGOV.
Untuk tujuan keselamatan, jika anda tidak aktif selama lima minit, aplikasi MyGOV akan log keluar secara automatik. Anda perlu log masuk semula untuk meneruskan penggunaan.
Anda boleh menghubungi Pusat Panggilan Kerajaan Malaysia atau Malaysia Government Call Centre (MyGCC) di talian 03-8000 8000.
Anda boleh mendapatkan bantuan dan membuat aduan di sini . Maklum balas aduan akan diberikan dalam tempoh 3 hari bekerja.
Aplikasi MyGOV hanya menggunakan MyDigital ID untuk log masuk. Untuk mendapatkan bantuan permasalahan login, sila log aduan anda di sini.
Sudah tentu! Kami mengemas kini MyGOV secara berkala untuk memperkenalkan ciri-ciri dan perkhidmatan baharu, meningkatkan prestasi dan menangani sebarang isu. Pastikan anda mengaktifkan fungsi kemas kini automatik pada peranti anda untuk menikmati penambahbaikan terkini.
Aplikasi ini tidak menyimpan sebarang maklumat peribadi anda.
Kerahsiaan pengguna dan keselamatan anda adalah penting bagi kami. Kami mengesyorkan agar anda tidak berkongsi maklumat log masuk anda dengan orang lain.
Jika anda memutuskan untuk menyahpasang aplikasi ini, sila ikuti proses standard peranti anda untuk menghapus aplikasi.
Soalan-Soalan Lazim (FAQ)

Sebuah inisatif
GOVTECH Malaysia
Dibangunkan oleh
© 2025 Kementerian Digital. Semua hakcipta terpelihara.

Akses lebih mudah kepada perkhidmatan kerajaan
MyGOV Malaysia merupakan aplikasi yang dibangunkan sebagai pusat rujukan sehenti bagi perkhidmatan umum yang ditawarkan kerajaan Malaysia. Melalui MyGOV Malaysia, anda dapat melakukan semakan, membuat permohonan, menerima notifikasi di samping ciri-ciri lain yang bakal dilancarkan.